Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cuti peristiwa di Kelantan sempena perhimpunan tolak ICERD


Tarikh kemaskini: 05/12/2018





KOTA BHARU, 5 Dis (Bernama) – Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti peristiwa di negeri ini pada 9 Dis (Ahad) sempena perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di ibu negara sehari sebelumnya.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan untuk menzahirkan kecintaan kepada negara dengan mesej pentingnya keharmonian masyarakat pelbagai kaum dipelihara. 

"Insya-Allah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa," katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel