Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kakitangan kerajaan rugi pinjam wang daripada syarikat tidak wujud


Tarikh kemaskini: 06/12/2018




KUANTAN, 6 Dis (Bernama) -- Seorang kakitangan kerajaan kerugian RM3,005 selepas diperdaya membuat pelbagai bayaran yang dikatakan sebagai prosedur mendapatkan pinjaman wang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa seorang lelaki berusia 22 tahun mendakwa membuat pinjaman daripada sebuah syarikat kewangan yang diketahuinya menerusi iklan di internet. 

Katanya, suspek membaca iklan itu sekitar November lepas dan meninggalkan butiran peribadi di iklan tersebut, sebelum dihubungi seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai pengurus syarikat itu.

"Mangsa diminta menyerahkan salinan kad pengenalan, penyata akaun bank untuk tiga bulan dan bil elektrik sebagai prosedur pinjaman serta menjelaskan RM500 sebagai wang jaminan atau mencari dua kakitangan kerajaan sebagai penjamin. 

"Dia kemudiannya diminta memindahkan wang RM3,005 dalam dua transaksi berbeza yang dikatakan sebagai wang jaminan, insurans dan duit kopi kepada pengurus yang menjaga akaun pinjaman mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa yang membuat bayaran itu pada pagi semalam, bagaimanapun berasa tidak puas hati dengan syarikat itu apabila dia dihubungi pula oleh seorang lagi lelaki, mendakwa dirinya sebagai akauntan yang meminta duit kopi sebanyak RM1,000. 

Katanya, akauntan tersebut mendakwa mengetahui perbuatan mangsa memberi duit kopi kepada pengurus dalam urusan mendapatkan pinjaman itu. 

"Rasa tidak puas hati itu menyebabkan mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam, dan tindakan pantas itu membolehkan mangsa tidak terus diperdayakan untuk membuat pelbagai lagi transaksi. 

Syarikat kewangan itu juga tidak adalah syarikat yang tidak wujud," katanya. 

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA 

 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel