Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penduduk Kelantan dinasihat berwaspada hadapi banjir - Ahmad Yakob.


Tarikh kemaskini: 06/12/2018




KOTA BHARU, 6 Dis (Bernama) -- Penduduk Kelantan dinasihat supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi kemungkinan banjir yang akan melanda terutamanya mereka yang berada di kawasan berisiko banjir.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam kenyataannya berkata, seluruh penduduk negeri ini diharap tidak mengambil mudah terhadap setiap arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa terutamanya melibatkan arahan untuk berpindah.

Beliau berkata apabila arahan berpindah dikeluarkan, semua pihak hendaklah mengambil langkah segera untuk berpindah dan hendaklah dilaksanakan sebelum waktu Maghrib. 

Menurutnya langkah segera itu (arahan berpindah) adalah bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam proses pemindahan.

"Melihat kepada keadaan cuaca dan hujan yang sentiasa turun dalam seminggu ini, saya berpesan kepada seluruh penduduk agar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

"Kebiasaannya setiap hujung tahun adalah musim tengkujuh di Kelantan. Penduduk perlu mengambil langkah berhati-hati pada musim tengkujuh," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Yakob berkata buat masa ini, semua pusat pemindahan sudah bersedia dan dilengkapi dengan segala keperluan.

Katanya pasukan petugas sukarelawan serta anggota penyelamat juga sudah berada dalam keadaan siap siaga menghadapi segala kemungkinan.

"Dalam kesempatan ini saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan supaya melakukan solat hajat dan berdoa agar negeri ini tidak dilanda banjir besar pada tahun ini. Semoga kita semua dapat menghadapi ujian pada musim tengkujuh ini dengan penuh kesabaran," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel