Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hampir 20,000 iklan ah long diturunkan tahun lepas di Pahang


Tarikh kemaskini: 07/12/2018





KUANTAN, 7 Dis (Bernama) -- Hampir 20,000 iklan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak berlesen diturunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Kontinjen Pahang pada tahun lepas. 

Ketuanya, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata iklan itu terdiri daripada 19,270 baner dan 619 poster yang kebanyakkannya ditampal di kawasan tumpuan orang ramai seperti kawasan perumahan.

"Usaha untuk menangani masalah pinjaman tidak berlesen akan terus dipergiatkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), khususnya yang melibatkan operasi menangani iklan syarikat seperti ini. 

"Polis juga berharap orang awam membuat tindakan bijak dan tidak mudah terpedaya dengan pinjaman seperti ini termasuk yang diiklankan dalam laman sosial tanpa mengetahui kesahihan status syarikat. 

"Jika perlu mendapatkan pinjaman, mereka dinasihatkan untuk melakukannya dengan agensi kewangan yang sebenar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata jabatannya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hari ini, juga menurunkan lebih 1,000 iklan syarikat kewangan tidak berdaftar pada operasi selama tiga jam di daerah Kuantan. 

Katanya, operasi yang bermula pukul 9.00 pagi itu melibatkan lapan pegawai MPK termasuk dua pegawai manakala pihak polis terdiri daripada tiga pegawai dan enam anggota. 

"Operasi melibatkan kawasan sekitar bandar sehingga ke Tanjung Lumpur dan selain kawasan perumahan, tumpuan juga melibatkan kawasan pusat perniagaan komersial," katanya. 

Mohd Wazir menambah jabatannya akan terus mempergiatkan operasi membanteras kegiatan ah long di negeri ini, dan berharap orang ramai juga membantu pihak berkuasa serta tidak terperangkap dalam kegiatan itu. 

-- BERNAMA 

 

   

 
 
     
   
 

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     

Semua sekolah di empat daerah di Perak dibuka esok

 
     

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel