Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengerusi MCA Pahang dahului senarai 178 penerima darjah kebesaran Pahang


Tarikh kemaskini: 07/12/2018




KUANTAN, 8 Dis (Bernama) -- Pengerusi MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun mendahului senarai 178 penerima pingat dan darjah kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar, Pekan, dekat sini, hari ini.

Istiadat pengurniaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang,  Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Hon menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 11 individu lain.

Penerima lain adalah Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Norazman Ayob; Pengarah Urusan, Sri Inderajaya Holdings Sdn Bhd, Datuk Roushan Arumugam; Pengerusi ABM Fujiya Berhad, Datuk Tay Ah Ching @ Tay Chin Kin.  

Pengarah Urusan Kumpulan 1st Mais Groups of Companies, Datuk Lee Pei Nam; Pengarah One One Eight Nine Enterprise Sdn Bhd, Datuk Lim Eng Wah; Pengarah Kian Son Motor Sdn Bhd, Datuk Tan Ah Chong; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Q'Son Group, Dr Chua Chwee Lee.

Turut menerima SSAP adalah CEO dan Presiden Berli Jucker Public Company Limited, Aswin Techajareonvikul; Pengarah Urusan, Majestic Elite Group of Advisory Sdn Bhd, Yap Kim Fah dan Pengarah Syarikat Sunrise Sdn Bhd, Pua Soo Siang. 

Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk kepada lima penerima iaitu Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid;  CEO Pengurusan Air Pahang Berhad, Datuk Mohd Zahari Md Isa; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Ir Jamil Shaari.

Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya, Rozita Yahya dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah. 

Pada istiadat itu, seramai 34 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk antaranya Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Ajis Sitin; Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Hashim Ali; Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Syed Anuar Syed Mohamad dan Duta Besar Malaysia ke Hungary, Cheong Loon Lai. 

Pengarah Pertanian Pahang, Zahimi Hassan; Perunding Hartanah Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Mohd Hatim Abdul Aziz; Pegawai Daerah Lipis, Mohd Hafizi Ibrahim; Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, Khairur Rizal Ramli; Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad Pahang, Zulfikri Hashim dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Pahang, Md Yusli Ibrahim Mohd Yunus.

Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Tawau, Dr R.Sudesan; CEO Proton Edar, Abdul Rashid Musa; Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, SAC Mohd Khalid Ismail; Penolong Pengarah (Perundangan) Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Mohammad Abdullah.

Ketua Pusat Pengajian Sains Perisikan dan Kajian Strategik Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Tan Chong Jin; pereka fesyen dan Pengarah Urusan Riffai Couture Sdn Bhd., Mohd Riffairudin Husain; Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Kementerian Kerja Raya, Zahrul Hakim Abdullah.

Timbalan Kanan Pendaftar Bahagian Pelaporan Undang-undang, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Balqis Aini Mohd Ali; pengacara televisyen, Mohamad Dahlan Md Maamor dan Pengerusi Lembaga Pelawat, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Sarif Azib. 

Dalam istiadat itu juga, lima individu menerima pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 13 penerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP), 10 penerima pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP).

Dua puluh sembilan penerima pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP), 22 penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 13 penerima pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 35 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel