Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ATM rampas 123kg daun ketum di sempadan


Tarikh kemaskini: 07/12/2018




ALOR SETAR, 7 Dis (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Batalion Ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) merampas 123 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM11,000 berhampiran batu sempadan 34, dekat Bukit Kayu Hitam petang tadi.

Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata daun ketum itu dirampas di sebuah bangsal ketika pasukan keselamatan tersebut membuat rondaan bermotosikal kira-kira 1 petang.

"Kumpulan ronda diketuai Mejar Mohammad Redzuan Jaffar ternampak sebuah bangsal yang mencurigakan ketika sedang melakukan rondaan bermotosikal. 

"Ketika menghampiri bangsal itu, pasukan tersebut melihat dua orang awam sedang memasukkan bungkusan hitam ke dalam guni putih sebelum melarikan diri ke dalam hutan apabila menyedari tindakan mereka disedari pasukan keselamatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menemui satu guni putih dan empat plastik hitam berisi daun ketum yang diikat rapi dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.

Kesemua daun ketum dirampas itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut, katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel