Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hotel Berjaya Penang rai kanak-kanak kurang bernasib baik sempena Krismas


Tarikh kemaskini: 08/12/2018




GEORGE TOWN, 8 Dis  (Bernama) -- Hotel Berjaya Penang membawa keceriaan kepada kira-kira 40 anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik bersempena sambutan Krismas dengan memberikan pengalaman percutian yang hebat yang pernah mereka alami. 

Kanak-kanak berkenaan adalah dari St Vincent de Paul, Pertubuhan Rumah Ru Yi, Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya dan Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang.

Pemangku Pengurus Besar Berjaya Hotel Penang dalam satu kenyataan hari ini berkata, majlis yang berlangsung pada Khamis itu adalah dengan kerjasama ROSE Charities Malaysia. 

"Acara ini merupakan sebahagian daripada program sukarelawan pekerja Hotel Berjaya Penang dan bagi meneruskan prinsip kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan membantu mereka.

“Kami amat menghargai kemurahan hati dan sokongan semua rakan sekerja, rakan kongsi dan tetamu Hotel Berjaya Penang yang mengambil bahagian. Sumbangan mereka akan membantu membawa perubahan besar kepada kanak-kanak sempena musim perayaan ini," katanya.

Kanak-kanak itu yang disajikan dengan hidangan bufet hotel berkenaan juga menerima hadiah yang disampaikan oleh Presiden ROSE Charities Malaysia Datuk Lawrence Cheah.

 

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

 
     

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

 
     

Pengayuh basikal warga emas mulakan cabaran kayuhan 15 hari

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel