Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PBAPP terima Anugerah Kecemerlangan Makmal IKM dua tahun berturut-turut


Tarikh kemaskini: 08/12/2018





GEORGE TOWN, 8 Dis (Bernama) -- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) menerima 'Anugerah Kecemerlangan Makmal' daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) untuk tahun kedua berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata, anugerah tersebut sekaligus mengiktiraf prestasi Makmal Pusat PBAPP di Loji Rawatan Air Sungai Dua (LRA Sg Dua) bagi 2018. 

"Anugerah IKM mengiktiraf komitmen PBAPP untuk ujian analitikal air yang kompetan, berdasarkan piawaian MS ISO/IEC 17025: 2005. 

Manakala, pada 2017, PBAPP membekalkan purata 826.3 juta liter air terawat sehari (MLD) di Pulau Pinang. Lebih 80 peratus air terawat diproses di LRA Sg Dua," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, proses penilaian anugerah tersebut telah diketuai oleh dua ahli kimia dan sepasukan anggota Makmal Pusat di LRA Sg Dua yang ditugaskan untuk menguji kualiti air mentah, air bersih dan air terawat. 

"Prosedur ujian ini membantu memastikan PBAPP menghasilkan air terawat yang melebihi parameter yang ditetapkan dalam Program Jaminan Kualiti (QAP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara konsisten," katanya.

Beliau berkata  PBAPP dan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang bekerjasama membuat persampelan dan menguji kualiti air terawat di Pulau Pinang, di loji rawatan setiap minggu  dan  di saluran paip utama pada setiap bulan. 

"Keputusan ujian ini mencerminkan komitmen berterusan PBAPP membekalkan air terawat kualiti terbaik di Pulau Pinang, untuk keselamatan dan kesejahteraan 1.76 juta rakyat," katanya.

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Polis sahkan 10 nelayan Bajau Laut diculik di perairan Felda Sahabat 9

 
     

Agong perkenan terima Azmin menghadap di Istana Negara

 
     

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel