Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ancaman Bom Palsu: Tujuh lelaki ditahan di Ipoh


Tarikh kemaskini: 08/12/2018





IPOH, 8 Dis (Bernama) -- Polis menahan tujuh lelaki disyaki terbabit berhubung kejadian ancaman bom palsu di sebuah restoran makanan segera di Ipoh Garden, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kesemua suspek yang ditahan berumur antara 20 dan 33 tahun itu juga merupakan pekerja restoran berkenaan.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 11 Dis,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam semalam, kira-kira 20 pekerja termasuk pelanggan gempar apabila diarahkan mengosongkan premis berkenaan gara-gara terdapat ancaman bom palsu.

Beliau berkata pihaknya mengerahkan satu pasukan unit pencegah bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak sebelum membuat pemeriksaan selama satu jam 30 minit, dan mendapati bangunan dua tingkat itu selamat.

“Di dinding sebuah tandas wanita tertulis ‘tempat ini akan meletup’ yang ditulis dengan tulisan berwarna merah kemudian terdapat satu balutan hitam dan gulungan wayar di atas sinki di tandas.

“Hasil pemeriksaan pihak kami mendapati balutan hitam tersebut hanya mengandungi tiga gelungan wayar pelbagai warna dan satu penutup botol,” katanya.

Mohd Ali berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu termasuk motif ancaman tersebut.

Katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel