Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suri rumah rayu sumbangan, suami hidap kanser tahap tiga


Tarikh kemaskini: 08/12/2018




ALOR SETAR, 8 Dis (Bernama) -- Seorang suri rumah merayu sumbangan daripada orang ramai bagi meringankan beban ditanggung keluarganya setelah suaminya Shukri Shaari disahkan menghidap kanser kelenjar Sarcoma tahap tiga sejak tiga tahun lepas.

Norhafizah Harun, 39, dari Kampung Alor Melintang di sini, berkata kehidupan mereka semakin terhimpit kerana suaminya dahulu seorang tukang rumah kini tidak lagi bekerja dan hanya bergantung kepada anaknya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan tidak menentu.

"Saya bingung memikirkan bagaimana nak menyara kehidupan kami sekeluarga di samping terpaksa  berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana tiada pendapatan tetap. Saya juga ada seorang anak berusia empat tahun yang menghidap penyakit asma," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Norhafizah berkata suaminya Shukri, 47, disyaki menghidap kanser itu setelah timbul benjolan di lutut kirinya yang semakin membesar dan berdarah.

"Tidak tahan dengan sakit dialami, dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan dan doktor mengesyaki suami menghidap kanser sebelum dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dan doktor sahkan beliau menghidap penyakit itu,” katanya.

Norhafizah berkata tahap kesihatan Shukri semakin merosot apabila sering demam pada waktu malam dan kurang selera makan serta tidak bermaya. 

Katanya sehingga kini beliau belum mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak dan hanya mengharapkan ihsan saudara-mara, jiran dan rakan-rakan yang datang melawat.

Sementara itu, penderitaan Shukri mendapat perhatian Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Hasanudin Samsudin yang datang menziarahi serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan makanan kepada keluarga berkenaan.

"Saya harap masyarakat prihatin dengan nasib menimpa keluarga ini dan sudilah menyumbang kepada mereka yang dihimpit kemiskinan," kata Hasanudin.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan terus sumbangan ke akaun Maybank Shukri bernombor 158051384465 atau menghubunginya di talian 013-5141326.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel