TGmelcFAwI4 Jasad mendiang Chin selamat disempurnakan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jasad mendiang Chin selamat disempurnakan


Tarikh kemaskini: 08/12/2018





BUTTERWORTH, 8 Dis (Bernama) -- Jasad mendiang Chin Hsien Loong yang maut dalam tragedi letupan gas di pusat beli-belah CityOne Megamall di Kuching, Sarawak Selasa lalu selamat disempurnakan melalui proses pembakaran.

Upacara pembakaran mayat telah disempurnakan sekitar 12.45 tengah hari di Pusat Krematorium Berapit di sini, sambil disaksikan oleh kira-kira 200 anggota keluarga terdekat dan sahabat mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir.

Terdahulu, upacara keagamaan telah dijalankan di tempat kediaman mendiang di Taman Kimsar, Perai pada 10.30 pagi.

Turut kelihatan adik perempuan dan adik lelaki mendiang menyempurnakan upacara keagamaan diikuti anggota keluarga dan sahabat yang lain.

Walau bagaimanapun, kedua-dua ibu bapa mendiang gagal ditemu bual pihak media ekoran masih bersedih atas kejadian yang menimpa anak sulung mereka.

Dalam kejadian 3.30 petang Selasa lalu, tiga lelaki maut dan 44 orang cedera.

Selain Chin, 29, dua lagi mangsa yang maut dikenali sebagai Ooi Kui Lim, 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, kedua-duanya dari Kuching.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel