Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Raja Muda Perlis rasmi 'Perlis Week'


Tarikh kemaskini: 08/12/2018





KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program Perlis Week di perusahaan 'Foodmarket' di Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Program kerjasama kerajaan negeri Perlis, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Husam Waksa Group of Companies itu bertujuan mempromosikan produk negeri Perlis selain persediaan awal bagi meneroka pasaran produk agromakanan negeri itu ke Arab Saudi. 

Menerusi program yang bermula pada 12 hingga 16 Dis ini orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai produk makanan Perlis pada harga RM7 hingga RM20.

Antara yang ditawarkan adalah kordial Mangga Harum Manis, belacan madu Perlis, serunding ikan sejuk beku, acar rebung dan ketupat palas sejuk beku. 

Perlis Week akan diadakan serentak di dua cawangan Foodmarket di Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini dan di Denai Alam, Shah Alam,

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low hadiri mesyuarat TIA pada 2009 atas jemputan - Saksi

 
     

Jerebu: Lapan sekolah di Manjung ditutup

 
     

MBSP meterai perjanjian bersama rakan strategik

 
     

Jerebu: 201 sekolah di Selangor ditutup hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel