Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak catat kematian ke-15 akibat rabies


Tarikh kemaskini: 11/12/2018




KUCHING, 11 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas yang disahkan dijangkiti rabies semalam, meninggal dunia hari ini menjadikan angka kematian akibat penyakit itu di negeri ini  15 kes sejak dikesan pada 30 Jun lepas. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa berusia 64 tahun dari bandar raya ini meninggal dunia pada 6.45 pagi tadi.

“Semalam, ujian makmal mendapati mangsa positif rabies. Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata Jumaat lepas, seorang lelaki berusia 74 tahun turut dilaporkan meninggal dunia akibat rabies.

“Dengan pengesahan dua kes terbaharu ini, jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak adalah 16 kes termasuk 15 kematian,” katanya. 

Katanya mangsa yang masih hidup ialah seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang mengalami komplikasi neurologi yang teruk dan kini dirawat di rumah. 

Sehingga kini kerajaan negeri Sarawak telah mengisytiharkan 56 kawasan di 11 bahagian di negeri itu sebagai kawasan jangkitan rabies kecuali Limbang.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel