Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPLB Sabah bayar dividen RM1.8 juta kepada 774 peserta ladang PPRT Tongod


Tarikh kemaskini: 11/12/2018




SANDAKAN, 11 Dis (Bernama) – Kerajaan negeri Sabah hari ini membayar dividen RM1.8 juta kepada 774 peserta Ladang Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod, dekat sini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) Datuk Ewon Benedick berkata ia adalah sebahagian daripada bayaran dividen peserta berkenaan yang telah tertangguh selama dua tahun.

“Sebaik sahaja saya diberi mandat menjadi Menteri KPLB Sabah, saya telah dikunjungi beberapa peserta ladang PPRT Tongod yang menuntut atau bertanya mengenai dividen mereka.

“Sebab itu kita telah mencari mekanisme untuk menyelesaikan masalah itu dan pada hari ini secara simbolik menyampaikan dividen lebih RM1.8 juta sebagai bayaran dividen untuk enam bulan kepada para peserta,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pada majlis Simbolik Penyerahan Dividen Ladang PPRT Tongod, di Dewan Terbuka Tongod, dekat sini, hari ini.

Turut hadir dua pembantu menteri, Rasinin Koutis dan Dumi Pg.Masdal; Anggota Dewan Undangan Negeri Kuamut, Datuk Masiung Banah; Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Fredian Gan; dan Pegawai Daerah Tongod Rashid Abdul Harun.

Ewon memberi jaminan walaupun masih ada baki dividen yang masih tidak sempat dibayar pada hari ini, KPLB Sabah selaku kementerian yang bertanggungjawab mengenai program pembasmian kemiskinan dan yang membela peserta akan terus mencari jalan terbaik supaya dividen ini dapat dibayar pada masa akan datang.

Dalam pada itu, seorang peserta, Nora Putan menyifatkan setelah tertangguh dua tahun, pemberian dividen itu sangat bermakna kepada mereka yang terdiri dari kalangan golongan miskin tegar di bawah E-Kasih.

Beliau menghargai keprihatian Ewon dan tindakan berkesan yang diambil oleh KPLB dalam memastikan dividen itu dapat diagihkan kepada peserta.

Menurutnya penyertaan dalam Program Ladang PPRT itu membolehkan mereka dapat memperolehi pendapatan menerusi hasil tanaman kelapa sawit.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel