Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gangguan bekalan elektrik di Bario akibat kerosakan talian atas


Tarikh kemaskini: 11/12/2018




KUCHING, 11 Dis (Bernama) -- Sarawak Energy merayu kepada masyarakat luar bandar supaya  bekerjasama bagi memastikan aset elektrik sentiasa berada dalam keadaan baik agar bekalan tenaga elektrik ke seluruh negeri ini, tidak mengalami sebarang gangguan.

Dalam kenyataan di sini hari ini, syarikat milik kerajaan negeri itu berkata kerjasama mereka menjadi lebih penting sekarang apabila pihaknya giat melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar bagi memenuhi cita-cita kerajaan agar rakyat di seluruh negeri ini menikmati bekalan elektrik dengan sepenuhnya.

Menurut syarikat utiliti itu, siasatan susulan mendapati gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan masyarakat di kawasan tanah tinggi Bario berpunca daripada masalah luaran dan bukan disebabkan masalah berkaitan bateri solar atau bahan bakar seperti diputuskan dalam siasatan awal sebelum ini.

Siasatan susulan itu mendapati peluru sesat merosakkan kabel atas di lokasi kira-kira 7km dari stesen tenaga solar hibrid Bario Central.

"Perkara itu dikesan pasukan teknikal yang dikerah dari Miri untuk membuat pemeriksaan terhadap laluan talian berkenaan setelah mereka mengenal pasti bahawa masalah berlaku adalah bersifat luaran dan bukan di stesen janakuasa berkenaan.

"Masalah itu mengakibatkan sistem kuasa solar terpelantik. Apabila pemindahan kawalan dilakukan, generator berkuasa diesel tidak dapat berfungsi secara berterusan kerana suis utama di loji tenaga itu terpelantik sebelum kabel yang rosak berjaya dikesan,” kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel