Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KD Mahawangsa TLDM tarikan hari terbuka


Tarikh kemaskini: 12/12/2018





SANDAKAN, 12 Dis (Bernama) -- Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berperanan penting sebagai kapal  sokongan terutama dalam aspek logistik dan terlibat dalam misi kemanusiaan, menjadi tarikan orang ramai pada Hari Terbuka Pangkalan Markas Laut Wilayah Dua di sini hari ini.

Pengunjung berpeluang menaiki kapal sepanjang 105 meter dan 15 meter lebar itu, yang berpangkalan di TLDM Lumut, Perak, selain kapal TLDM lain serta melihat pameran mengenai Pasukan Khas Laut (Paskal) pada program sehari itu.

Pegawai Pemerintah KD Mahawangsa Kapten Ivan Mario Andrew berkata kapal berkenaan ??juga terlibat dalam beberapa operasi penting dalam membawa logistik antaranya ketika Ops Daulat dalam insiden di Tanduo Lahad Datu serta melindungi kapal-kapal milik MISC Berhad daripada ancaman lanun di Teluk Aden dekat Somalia.

Dalam misi kemanusiaan pula, KD Mahawangsa pernah terlibat dalam bantuan kemanusiaan antaranya bagi pelarian Afghanistan pada 2001 dan mangsa Tsunami di Acheh, katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Terbuka Pangkalan Markas Laut Wilayah Dua di sini, hari ini.

Beliau berkata kapal itu yang dibina di Busan, Korea Selatan pada kini dalam penugasan logistik ke Sabah selama sebulan dengan singgah di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan pangkalan TLDM Sandakan .

Katanya terdapat 204 anggota di kapal itu termasuk 13 pegawai dan 191 anggota lain-lain pangkat.

Menurutnya, KD Mahawangsa, yang ditauliahkan sejak 1983, dilengkapi senjata utama dan ketika operasi ketenteraan kapal itu boleh membawa 200 anggota tentera dan lapan kereta perisai dan sebuah helikopter.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel