Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rabies: KKM tingkat kerjasama dengan kerajaan Sarawak


Tarikh kemaskini: 12/12/2018





KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meningkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak untuk menangani jangkitan rabies yang menyebabkan 15 kematian di negeri itu setakat ini.

Timbalan Menteri berkenaan, Dr Lee Boon Chye berkata ini penting memandangkan kebanyakan kawasan di Sarawak telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies.

“Kita memandang serius keadaan di Sarawak kerana banyak bahagian mengalami jangkitan rabies kecuali di Limbang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Imbasan Institut Jantung Negara (IJN)- Permodalan Nasional Berhad (PNB) di IJN hari ini. 

Dr Lee berkata lawatan kerja KKM ke Sarawak bulan depan dalam usaha membendung kes rabies juga bagi melihat sejauh mana langkah memberi suntikan vaksin kepada anjing di negeri itu. 

“Suntikan vaksin anti rabies bukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi di bawah Jabatan Veterinar negeri. Di sinilah kerjasama Jabatan Veterinar negeri penting dalam memastikan kita dapat mengawal penularan wabak rabies,” katanya.

Pusat Imbasan IJN-PNB itu adalah hasil sumbangan PNB sebanyak RM30 juta di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ia menampilkan imbasan baharu iaitu Positron Emission Tomography-Computed Tomography atau PET-CT yang memudahkan imbasan bagi pesakit jantung dan kanser.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata imbasan baharu PET-CT merupakan peralatan yang tercanggih ketika ini dan pertama kali digunakan di Malaysia.

— BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel