Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita ditipu RM4,950 oleh 'polis' di Miri


Tarikh kemaskini: 14/12/2018





 

MIRI, 14 Dis (Bernama) -- Seorang wanita di sini kerugian RM4,950 pada Isnin lepas apabila ditipu ‘Inspektor Khoo’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa berusia 28 tahun itu yang bertugas sebagai juruaudit, pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Tuan Mazlan Rahman yang mendakwa Pegawai Mahkamah Sesyen Shah Alam Isnin lepas.

"Mangsa diberitahu oleh lelaki berkenaan yang mangsa terlibat dalam kes langgar lari menyebabkan kematian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian telah dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Lau Kin Ming’ melalui nombor telefon 0389486122 memberitahu bahawa mangsa mempunyai 23 akaun bank atas namanya telah terlibat dengan pelbagai kegiatan haram.

"Selepas itu mangsa telah dihubungi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Khoo (01125114037) dan lelaki itu telah meminta mangsa untuk memasukkan wang sebanyak RM4,950 bagi tujuan semakan akaun banknya di Bank Negara," katanya.

Menurutnya, mangsa memindahkan wang berjumlah RM4,950 melalui mesin ATM ke satu akaun bank yang telah diberikan lelaki itu dan selepas transaksi pemindahan wang berkenaan mangsa tidak lagi dihubungi oleh pihak berkenaan, menyebabkan mangsa merasakan telah ditipu serta terus membuat laporan polis.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel