Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kesan awal anak autistik, bantu jalani kehidupan lebih baik


Tarikh kemaskini: 14/12/2018





KUCHING, 14 Dis (Bernama) – Pengesanan awal anak yang menghidap Autistik mampu membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, ibu bapa harus bersikap terbuka dan mengenal pasti simptom-simpton yang dihadapi oleh anak seawal usia dua tahun.

“Jika ada masalah dari segi komunikasi, interaksi, mood tidak stabil dan suka menyendiri, seeloknya segera merujuk kepada pakar, jika terlambat ia akan menganggu perkembangan otak anak.

“Seterusnya kenalpasti kemahiran yang ada pada diri mereka, kebiasaannya kanak-kanak Autistik mempunyai kemahiran terpendam seperti melukis, beri tumpuan kepada apa yang mereka minati kerana ia mampu membantu dari segi perkembangan motor anak,” katanya selepas menghadiri Pameran Lukisan Kanak-kanak Autistik di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, hari ini. Turut hadir Datuk Bandar MBKS, Datuk James Chan Khay Syn.

Fatimah berkata, terapi awal dan pendidikan yang sesuai dengan tahap Autism mampu membantu anak autistik dari segi pembelajaran, komunikasi dan kemahiran sosial.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel