Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

AmBank Group bantu mereka yang kurang mampu di Sarawak


Tarikh kemaskini: 14/12/2018





KUCHING, 14 Dis (Bernama) – Matlamat AmBank Group untuk membantu mereka yang kurang mampu  terutama di Sarawak bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan malah untuk memberi mereka  pengharapan dan kebahagiaan, kata Eksekutif Naib Presiden Komunikasi dan Pemasaran, Syed Anuar Syed Ali.

“Seperti yang kita ketahui Sarawak mempunyai penduduk terdiri daripada banyak kaum yang menggerakkan kita untuk berusaha pergi menemui dan membantu masyarakat berkenaan bukan sahaja dalam perniagaan malah memberi kembali sesuatu secara menganjurkan aktiviti amal.

"Dalam pada masa sama, pasukan kami turut memperluaskan program ini ke bandar lain di negeri ini dan kami berharap dapat membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan," katanya  kepada pemberita di sini hari ini di Rumah Salvation Army Children bagi program amal Krismas anjuran AmBank Group.

Syed Anuar berkata, AmBank Group memperuntukkan sejumlah dana di bawah program ini untuk komuniti berkenaan seperti mengadakan aktiviti amal sempena musim perayaan kepada semua kaum  dan program seumpama dijangka diadakan awal tahun hadapan di Kedah.

Program amal berkenaan diletakkan di bawah Program AmKasih yang menjadi platform kumpulan itu bagi program Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) dan fokus kepada “mendekati komuniti”.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel