Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kontraktor mengaku tidak bersalah atas tuduhan menipu tawaran kerja membaiki rumah


Tarikh kemaskini: 14/12/2018





LIMBANG, 14 Dis (Bernama) – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan menipu tawaran membaiki rumah sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM109,040.

Liew Fook Kin, 30, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mahkamah Limbang, Mohd Hafizi Abdul Halim selepas tuduhan dibacakan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Rusman Bining, di sini hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan pada November 2015 hingga Februari 2016 di Limbang hingga menyebabkan mangsa kerugian RM109,040.

Mahkamah membenarkan tertuduh dikenakan ikat jamin berjumlah RM27,000 iaitu RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan dan menetapkan sebutan semula kes pada 12 Feb 2019.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah dalam perkembangan berkaitan berkata Liew sebelum ini pernah didakwa dengan 44 pertuduhan di bawah seksyen yang sama.

“Tertuduh telah didakwa bagi tiga kes berasingan di Kuching pada 21 Nov 2018 yang menyebabkan kerugian RM353,325,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel