Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Program 'interest based' tingkat kefahaman belia tangani korupsi


Tarikh kemaskini: 15/12/2018





MELAKA, 15 Dis (Bernama) – Program ‘interest based’ dilihat mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan belia bagi mempertingkatkan kefahaman dalam menangani masalah jenayah, korupsi termasuk rasuah dan salah guna kuasa.

Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee berkata kerajaan negeri menyambut baik usaha penganjuran program seumpama itu supaya pembentukan dan penerapan nilai-nilai murni mampu dipupuk serta matlamatnya dapat disampaikan secara menyeluruh.

“Misalnya, program Himpunan Dua Roda (H2R) yang dihadiri ramai peminat motosikal pada hari ini turut memfokuskan kempen mencegah korupsi dan kita menyokong inisiatif seumpama ini agar mesej dan matlamatnya sampai kepada peserta.

“Menerusi program sedemikian juga perlu ditekankan bahawa betapa serius masalah tersebut hingga memberi kesan kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program H2R di Dataran Sejarah, Ayer Keroh di sini, hari ini. 

Turut hadir Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin merangkap Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya.

Kerk yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, berkata sokongan daripada semua pihak dalam memastikan urusan tadbir kerajaan dan agensi bebas daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa penting kerana golongan belia merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. 

Program H2R menghimpunkan kira-kira 20,000 peminat motosikal dari seluruh negara termasuk Filipina, Indonesia dan Singapura.

Program anjuran bersama RXZ Owner Club Malaysia (ROCM) menjalankan kempen ‘Citizen Combat Corruption (3C)’ serta memilih Melaka sebagai negeri pertama melancarkan kempen ‘Street Warrior Against Corruption’ (SWAC) 2.0.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel