Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba selamatkan lembu jatuh dalam loji air


Tarikh kemaskini: 17/12/2018





JOHOR BAHRU, 17 Dis (Bernama) -- Anggota bomba mengambil masa lebih sejam menyelamatkan seekor lembu yang terperangkap di dalam loji air di Jalan Sukun, Kampung Pasir di Johor Bahru, malam tadi.

Kejadian itu disedari oleh pemiliknya sebelum menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan pada 10.40 malam selepas lembunya itu terjatuh ke dalam loji berkenaan yang sedalam 1.5 meter.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru Mohd Tarmizi Ishak berkata tujuh anggota berserta satu jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan lembu betina yang dianggarkan seberat 90 kilogram itu.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

"Sebelum ketibaan pihak bomba, lembu tersebut meronta-ronta di dalam air. Namun, selepas pihak bomba tiba, lembu tersebut mula bertenang.

"Lembu berkenaan dinaikkan menggunakan tali dengan sebahagian daripada anggota menolak dari bawah," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Menurutnya, haiwan terbabit berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada pemiliknya sejurus tamat operasi pada 1.46 pagi tadi.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel