Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut, enam cedera dalam kemalangan awal pagi


Tarikh kemaskini: 17/12/2018




JOHOR BAHRU, 17 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki maut, dua cedera parah dan empat lagi cedera apabila dua kereta Honda bertembung di Lebuhraya  Desaru-Senai, Kota Tinggi, dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Mahadi Ali, 45, yang memandu Honda City meninggal dunia di tempat kejadian.

Mereka yang cedera dalam kemalangan 3.51 pagi itu ialah dua anak Mahadi dan pemandu serta tiga penumpang kereta Honda Civik.

Kedua-dua anak perempuan Mahadi yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk rawatan. 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Suhairi Md. Sujod berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3.51 pagi. Dua jentera dengan enam anggota digegaskan ke tempat kejadian.

"Mangsa yang cedera dibawa ke HSI untuk rawatan manakala mayat Mahadi diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

-- BERNAMA 

 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel