Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki warga emas tersesat dalam kebun ditemukan


Tarikh kemaskini: 18/12/2018




KLUANG, 18 Dis (Bernama) -- Misteri kehilangan seorang warga emas sejak pagi semalam  terungkai apabila dia ditemukan kira-kira 20 km di dalam  kebunnya di Layang-Layang.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata Tan Kek Wah, 79,  ditemukan pada pukul 9.10 pagi dalam keadaan terduduk dengan dipenuhi lumpur bersama motosikal miliknya oleh pekerja ladang warga Bangladesh di Ulu Remis, Layang-Layang.

Tan dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk ke kebunnya di Layang-Layang pagi semalam sebelum dipercayai tersesat. 

Mohd Abduh berkata mangsa dibawa keluar dari lokasi pada pukul 10.45 pagi itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Layang-Layang untuk proses bantuan awal sebelum dibawa ke klinik kesihatan dengan ambulan untuk menerima rawatan awal.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, untuk rawatan lanjut  dan keadaannya kini bertambah baik,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ekoran  itu, katanya  operasi mengesan mangsa yang melibatkan 50 anggota  pelbagai pasukan penyelamat ditamatkan pada 11.30 pagi tadi.

-- BERNAMA 

 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel