Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kadar jenayah indeks di Kuching menurun


Tarikh kemaskini: 02/01/2019





KUCHING, 2 Jan (Bernama) – Statistik kadar jenayah indeks pada tahun lepas menunjukkan penurunan sebanyak 214 kes, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek.

“Jenayah kekerasan juga telah mencatatkan penurunan sebanyak 37 peratus sementara itu jenayah harta benda juga telah menurun sebanyak 15.5 peratus dan ini adalah daripada komitmen yang telah ditunjukkan oleh pegawai-pegawai dalam menjalankan tugas mereka, katanya kepada media di majlis penyerahan tugas Ketua Cawangan  Khas Daerah Kuching.

Sementara itu, Ng berkata 10 kes rogol pada tahun lepas dilaporkan juga menurun sebanyak lima kes berbanding tahun 2017 yang mencatatkan 15 kes yang dilaporkan.

“Pihak polis telah menerima laporan berhubung kes rogol seorang remaja berumur 15 tahun pada 31 Disember yang lalu dan suspek yang berumur 32 tahun dari Kampung Kudei Baru telahpun ditahan reman bagi membantu sisatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

DSP Jesselton Mac Jilian dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas (SB) Daerah Kuching, berkuat kuasa hari ini. Beliau yang sebelum ini bertugas di IPK Daerah Serian.

Beliau menerima tugasnya secara rasmi daripada ASP Dennis pada majlis Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Kuching  ACP Ng Ah Lek di Ibu Pejabat Daerah Kuching.

 --BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel