pWLD1s1Rsh0 Bekalan minyak di seluruh Sarawak mencukupi
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan minyak di seluruh Sarawak mencukupi


Tarikh kemaskini: 02/01/2019





KUCHING, 2 Jan (Bernama) - Bekalan minyak petrol dan diesel di seluruh Sarawak khususnya di kawasan pendalaman mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, Md Nawawi Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya telah menjalankan 392 pemeriksaan ke atas stesen-stesen minyak di seluruh Sarawak.

“Kita sangat berpuas hati, kapasiti minyak di negeri ini mencukupi untuk dibekalkan kepada pengguna selain mendapat kerjasama yang baik daripada  pengusaha stesen minyak,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Kota Samarahan, di sini, hari ini.

Md Nawawi berkata, sebelum ini telah tular dilaman sosial bahawa bekalan minyak di kawasan Kapit telah terputus.

“Difahamkan stesen yang terputus bekalan itu merupakan stesen minyak persendirian dan bukannya stesen minyak terkemuka negara.

“Bekalan itu terputus akibat masalah penghantaran dimana kos penghantaran bekalan minyak dari Tanjung Manis ke Kapit itu ditanggung sendiri oleh pengusaha. Bagaimanapun masalah tersebut telah selesai,” ujarnya.

 Md Nawawi menasihati penggusaha stesen minyak  memastikan bekalan mencukupi kerana  kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka didakwa mengikut Akta Kawalan Bekalan 1991.

—BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel