Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

CityOne Megamall dibuka semula, janji lebih banyak kedai pada 2019


Tarikh kemaskini: 03/01/2019




KUCHING, 3 Jan (Bernama) – Pusat beli-belah CityOne Megamall di sini yang terlibat dalam insiden letupan gas pada 4 Dis lepas, menjanjikan lebih banyak kedai dan restoran kepada pelanggannya pada 2019.

Pemilik pusat beli-belah itu, Stephen Long Tine Chung berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana pasukan pengurusan CityOne Megamall sedang berusaha keras untuk mengembalikan semula keyakinan orang ramai.

“Kami juga mencuba sedaya upaya untuk membawa masuk lebih banyak penyewa selepas ini dan kami turut berunding dengan beberapa penyewa utama mini dan mendapat maklum balas yang sangat positif.

“Saya berjanji dalam beberapa bulan lagi, akan ada banyak perubahan dan penambahbaikan di sini kerana saya dan pasukan saya berusaha keras dalam hal ini,” katanya kepada media selepas pra pembukaan semula CityOne Megamall, di sini hari ini.

Pada 4 Dis lepas, berlaku letupan gas di sebuah kedai makan baharu di CityOne Megamall yang mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan 26 orang lagi dalam insiden itu.

Letupan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas semasa kerja-kerja kimpalan di restoran Nene Chicken yang dijadual dibuka pada hari berikutnya iaitu 5 Dis 2018.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel