Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki disyaki edar dadah di pusat hiburan


Tarikh kemaskini: 04/01/2019




KUCHING, 4 Jan (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki  tempatan yang disyaki  pengedar dadah di pusat hiburan sekitar bandar raya ini serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM9,000 dalam dua serbuan berasingan, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Supt Sahar Abd Latif berkata bertindak atas maklumat awam dan risikan, polis menahan lelaki yang berusia 22 tahun itu pada jam 8 malam tadi dan dadah berkenaan dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sin Hai Min dan apartment di Jalan Tawi Sii di sini.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui satu paket plastik disyaki pil ecstacy dengan berat kasar 2.84 gram, satu paket hablur kristal disyaki dadah jenis ketamine dengan berat kasar 2.25gram dan satu paket campuran jus buah-buahan disyaki serbuk ecstacy dengan berat kasar 18.80 gram.

“Manakala dalam serbuan di sebuah apartment, polis menemui 10 paket campuran jus buah-buahan disyaki serbuk ecstacy dengan berat kasar 202.70 gram, 32 paket hablur Kristal disyaki dadah jenis ketamine dengan berat kasar 6.47 gram dan satu paket lutsinar disyaki pil ecstacy dengan berat kasar 6.47 gram,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sahar berkata, suspek dipercayai memulakan aktiviti pengedaran dadah sejak 2017, bagaimanapun hasil semakan, polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel