Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja lelaki maut, kemalangan di Kunak


Tarikh kemaskini: 04/01/2019





KUNAK, 4 Jan (Bernama) -- Seorang remaja lelaki  berusia 19 tahun maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Pekan Kunak, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak ASP Wee Devets Tan berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4 petang semasa mangsa dalam perjalanan menuju ke Pekan Kunak.

Kereta jenis Toyota Vigo itu datang dari arah Pekan Kunak sedang membelok ke simpang masuk Pejabat Daerah di sini dan motosikal yang ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan bertembung dengan kereta itu, katanya di sini, hari ini.

Menurutnya kereta tersebut dipandu seorang lelaki berusia 70 tahun dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya akibat nahas itu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Kunak. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

 
     

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

 
     

Pengayuh basikal warga emas mulakan cabaran kayuhan 15 hari

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel