Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ir Abdul Nasser dilantik pemangku Pengarah Urusan SESB


Tarikh kemaskini: 04/01/2019





KOTA KINABALU, 4 Jan (Bernama) -- Ir Abdul Nasser Abdul Wahid dilantik sebagai Pemangku Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mulai 1 Januari bagi menggantikan Datuk Ir Abdul Razak Sallim yang bersara pada 31 Dis 2018.

SESB dalam kenyataan di sini hari ini berkata Ir Abdul Nasser, 52, yang telah berkhidmat dengan syarikat utiliti itu sejak 1 Sept 1990, sebelum ini memegang jawatan sebagaii Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB.

Beliau yang berasal dari Kota Kinabalu, berkelulusan Bachelor of Mechanical Engineering (Hons) dari University of Nottingham, England.

Ir Abdul Nasser juga pernah memegang pelbagai jawatan teras dan sokongan dalam SESB termasuk sebagai ahli pengurusan tertinggi sejak 2008 sebelum dilantik sebagai pemangku pengarah urusan syarikat.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel