Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

55 rumah setinggan musnah terbakar di Putatan


Tarikh kemaskini: 11/01/2019





KOTA KINABALU, 11 Jan (Bernama) -- Sebanyak 55 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan dekat sini hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, keluasan keseluruhan kawasan rumah setinggan terbakar itu adalah kira-kira empat hektar.

Laporan kebakaran diterima pada 12.53 tengah hari dan api sukar dikawal disebabkan tekanan air pili bomba rendah serta rumah yang dibina terlalu rapat, kata kenyataan itu.

Operasi terkawal pada 3.14 petang dan api dipadam sepenuhnya pada 4.32 petang.

Seramai 40 pegawai dan anggota bomba dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Jalan Lintas dan Penampang terlibat dalam operasi memadamkan api menggunakan enam jentera dan sebuah kenderaan EMRS.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel