Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

WNI di pantai timur Sabah diingat berwaspada sindiket tipu urus program pemutihan


Tarikh kemaskini: 11/01/2019




TAWAU, 11 Jan (Bernama) -- Konsulat Republik Indonesia di Tawau mengingatkan Warganegara Indonesia (WNI) yang berada di pantai timur Sabah, agar tidak tertipu dengan individu yang menawarkan  bantuan pengurusan pendaftaran program pengampunan dan pemutihan pendatang asing tanpa izin (Pati) di negeri ini.

Konsulnya, Sulistijo Djati Ismojo dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata terdapat sindiket penipuan dengan meminta bayaran sehingga RM800 dan menyasarkan Pati WNI di tempat-tempat seperti kedai makan, kampung dan kawasan ladang, kononnya untuk bantuan pengurusan pengampunan dan penyediaan kad pendatang haram.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di negeri ini turut menafikan terdapat program pengampunan atau pemutihan dijalankan ketika ini.

"Kerajaan Malaysia khususnya di Sabah sehingga kini belum lagi melaksanakan program sedemikian (pemutihan), hanya kali terakhir diadakan pada 2017 sehingga pertengahan Tahun 2018 yang dikenali sebagai program Rehiring," katanya lagi.

???Dalam pada itu, Djati menasihatkan penduduk Indonesia yang mengetahui sindiket berkenaan agar melapor segera ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian hotline Bahagian Perlindungan KRI di Tawau di 019-8228800 atau langsung ke pejabat KRI di Jalan Sin Onn di sini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Polis sahkan 10 nelayan Bajau Laut diculik di perairan Felda Sahabat 9

 
     

Agong perkenan terima Azmin menghadap di Istana Negara

 
     

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel