Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPBN Sarawak anjur bengkel anti-rabies


Tarikh kemaskini: 11/01/2019





KUCHING, 11 Jan (Bernama) – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan menganjurkan Bengekl Anti-Rabies bermula 16 Jan di seluruh negeri itu kecuali di Limbang, kata??????Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah.

Katanya melalui bengkel itu, JBPN dan agensi lain yang bertanggungjawab akan meneliti semula strategi sedia ada dalam menangani wabak Rabies di samping merancang strategi baru.

Setakat ini, sebanyak 15 kematian yang melibatkan gigitan Anjing Gila telah dicatatkan, sejak wabak itu mulai dikesan pada Jul 2017 lepas.

“Perjuangan menentang ancaman wabak Rabies ini sangat mencabar dimana saiz dan sempadan antara negeri Sarawak dan Kalimantan,Indonesia adalah luas.

"Di samping itu, terdapat juga masalah dimana anjing peliharaan yang tersesat jauh sehingga masuk ke dalam kawasan ladang di pendalaman dan yang berdekatan dengan sempadan,” katanya yang juga merupakan Pengerusi JBPN dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Uggah berkata, sehingga kini daripada 225,000 ekor anjing yang ada di Sarawak, sjumlah 109,216 ekot telahpun diberikan vaksinasi.

"Tahun ini JPBN menyasarkan untuk mevaksinasikan sekurang-kurangnya 70 peratus populasi anjing yang sedia ada disamping meneruskan lagi Program Vaksinasi Rabies sehingga negeri ini diisytiharkan bebas Rabies.

“Mengenai ujian yang dijalankan ke atas anjing, daripada 928 sampel yang diuji, 323 didapati positif Rabies dan kira-kira 14,000 anjing liar telahpun dihapuskan,” katanya.???????

Selain itu, beliau turut menggesa semua pemilik haiwan pelihara mendapatkan semula vaksinasi bagi anjing pelihara mereka setelah setahun dari tarikh terakhir mendapatkan vaksinasi tersebut.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel