Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lokasi kaunter imigresen KKIA untuk pelancong persinggahan disusun semula


Tarikh kemaskini: 11/01/2019





KOTA KINABALU, 11 Jan (Bernama) – Lokasi kaunter Jabatan Imigresen untuk pelancong asing yang melakukan persinggahan atau ‘transit’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan disusun semula, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew.

Menurutnya yang juga merupakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, langkah itu diambil bagi memastikan pelancong asing khususnya dari China tidak terlepas daripada proses cop pasport mereka di kaunter Jabatan Imigresen sebaik mereka tiba di KKIA sebelum meneruskan penerbangan domestik ke daerah lain di negeri ini atau ke Kuala Lumpur.

Keputusan itu diambil selepas tinjauan beliau di laluan bagi pelancong asing yang melakukan transit di KKIA.

Christina berkata pihaknya sebelum ini telah dimaklumkan Pejabat Kedutaan China di Kota Kinabalu yang terdapat pelancong  dari China ditahan Jabatan Imigresen ketika hendak balik ke negara mereka selepas pasport antarabangsa mereka tidak dicop ketika masuk ke negara ini.???????

“Selepas tinjauan hari ini, pihak Jabatan Imigresen Sabah dan Malaysia Airport Berhad KKIA menyatakan persetujuan menyusun semula lokasi kaunter Jabatan Imigresen untuk pelancong asing yang melakukan persinggahan di KKIA”, katanya ketika ditemui pemberita selepas tinjauan tersebut di sini hari ini.

Hadir sama, Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu Liang Caide.

Christina berkata pada masa sama, lebih banyak papan tanda laluan persinggahan juga akan diletakkan di laluan keluar antarabangsa di KKIA.???????

Katanya menjadi keutamaan kementeriannya untuk memastikan perkara itu dapat diatasi segera terutama kemasukan pelancong dari China dalam jumlah yang ramai ke negeri ini menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada bulan hadapan.

Sementara itu Caide berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai lapan kes melibatkan 20 pelancong dari China yang ditahan Jabatan Imigresen selepas pasport mereka didapati tidak di cop sewaktu kemasukan ke Malaysia pada November dan Disember tahun lepas.

Katanya perkara itu berlaku ke atas pelancong yang melakukan persingahan di KKIA sebelum meneruskan penerbangan ke daerah-daerah lain di Sabah terutamanya Tawau.

Akibat kejadian itu menurut beliau, 16 daripada mereka telah ditahan Jabatan Imigresen selama antara satu hingga dua minggu, manakala empat lagi telah diberikan dokumen pengecualian khas.???????

Katanya, pihak Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu tidak mahu kejadian seumpama ini berlaku ke atas rakyat China yang datang ke Sabah sebagai pelancong.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

 
     

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

 
     

Pengayuh basikal warga emas mulakan cabaran kayuhan 15 hari

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel