Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kebakaran: 315 penghuni setinggan hilang tempat tinggal di Putatan


Tarikh kemaskini: 11/01/2019





KOTA KINABALU, 11 Jan (Bernama) -- Kebakaran yang memusnahkan 55 rumah setinggan di Kampung Pasir Putih Putatan dekat sini tengah hari tadi, melibatkan 315 penghuni daripada 74 keluarga.

Kesemua mangsa yang hilang tempat tinggal kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Putatan.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, keseluruhan keluasan kawasan kebakaran itu kira-kira empat hektar. 

Laporan kebakaran diterima pada 12.53 tengah hari dan api sukar dikawal disebabkan tekanan air pili bomba rendah serta rumah yang dibina terlalu rapat, kata kenyataan itu.

Operasi terkawal pada 3.14 petang dan api dipadam sepenuhnya pada 4.32 petang.

Seramai 40 pegawai dan anggota bomba dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Jalan Lintas dan Penampang terlibat dalam operasi memadamkan api menggunakan enam jentera dan sebuah kenderaan EMRS.

-- BERNAMA   

 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel