Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version
 
 

Langgar Lari: Polis minta pemandu lori tampil bantu siasatan


Tarikh kemaskini: 11/01/2019





REMBAU, 11 Jan (Bernama) – Polis meminta seorang pemandu lori yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang pelajar wanita supaya tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 petang tadi di Kilometer 231.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, pelajar wanita Nurul Husna Che Azmi, 23, maut di tempat kejadian.

“Semasa kejadian, motosikal yang ditunggang Muhammad Ikmal Muhamad Azlan Shah, 22, sedang dalam perjalanan dari Segamat menghala ke arah Utara dan berada di lorong kecemasan.

“Sebuah lori kemudiannya telah melanggar motosikal yang dinaiki pasangan tersebut menyebabkan Nurul Husna terjatuh dan digilis tayar lori tersebut menyebabkan kecederaan parah di kepala dan maut di lokasi,” katanya.

Anuar Bakri berkata Muhammad Ikmal hanya cedera ringan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau meminta pemandu lori yang terlibat atau saksi kejadian untuk tampil di Balai Polis Rembau atau boleh juga menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Rembau Inspektor Shahrizan Khairi di talian 013-337 5583, bagi membantu siasatan.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Waris ganti akan ditentukan selepas perbincangan keluarga - Sultan Abdullah

 
     

Hishammuddin masih setia dengan UMNO, kata Najib

 
     

Sultan Abdullah titah kalimah Allahu Akbar dilaungkan

 
     

Memasak dan dengar muzik antara hobi Gobind

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel