rCr09OXrWgM Sarawak bangga hos majlis Anugerah Televisyen Asia Ke-23
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak bangga hos majlis Anugerah Televisyen Asia Ke-23


Tarikh kemaskini: 11/01/2019





KUCHING, 11 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak berbangga menjadi tuan rumah tahun ini bagi majlis penyampaian Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-23 kerana ia menunjukkan bahawa bandaraya Kuching mampu menambat hati orang ramai.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata anugerah itu memberi pelbagai manfaat kepada rakyat Sarawak terutama kepada mereka yang terlibat dalam industri pelancongan yang semakin berkembang.

Ini memandangkan sambutan baik yang diterima daripada pelancong dan pelawat," kata beliau dalam ucapannya pada majlis jamuan gala ATA di sini malam ini.

Ini kali pertama dalam sejarah ATA dihoskan di Malaysia sebagai tuan rumah baharu untuk anugerah televisyen antarabangsa yang berprestij itu.

Majlis penyampaian anugerah yang akan disiarkan secara langsung akan diadakan malam esok di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan selebriti terkenal dari Asia yang mengesahkan kehadiran antaranya ialah Alvin Chong, Via Vellen, Qu Wanting, Gary Valenciano dan lain-lain.

Anugerah tersebut menarik beratus-ratus penyertaan setiap tahun merangkumi penyiar termasuk stesen televisyen bebas, platform tv berbayar, perkhidmatan streaming digital dan banyak syarikat penerbitan bebas di Asia.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low hadiri mesyuarat TIA pada 2009 atas jemputan - Saksi

 
     

Jerebu: Lapan sekolah di Manjung ditutup

 
     

MBSP meterai perjanjian bersama rakan strategik

 
     

Jerebu: 201 sekolah di Selangor ditutup hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel