Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

BEBC cadang kerjasama dengan UMS Sandakan untuk penanaman rumput Napier Hibrid


Tarikh kemaskini: 12/01/2019





SANDAKAN, 12 Jan (Bernama) -- Majlis Perniagaan Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN - Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) (BEBC) Malaysia, bercadang bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan untuk penanaman dan pembangunan rumput Napier Hibrid. ??????

Perbincangan mengenai perkara itu diadakan antara Pengerusi BEBC Malaysia, Datuk Roselan Johar Mohamed dan Dekan Fakulti Pertanian UMS Kampus Sandakan, Dr Saafie Salleh, di sini, baru-baru ini. 

Menurut Roselan Johar, hasil perbincangan itu adalah positif kerana Saafie juga bersetuju bahawa penekanan harus diberikan berhubung rangsangan terhadap pertumbuhan Napier Taiwan, sementara fakulti berkenaan mempunyai spesies Napier Thailand.

“Adalah penting untuk mengesahkan semula kandungan protein kedua-dua spesies. Napier Taiwan menghasilkan antara 33 dan 40 peratus kandungan protein, manakala spesies Thailand hanya mempunyai kira-kira 23 peratus protein.

"Kami berharap dalam beberapa minggu akan datang, kandungan protein ini dapat dipastikan dan kemudiannya boleh menentukan spesies mana yang perlu diberi keutamaan yang tinggi untuk ditanam," katanya.

Roselan Johar menambah bahawa, kajian mendalam berhubung kandungan protein membantu dalam menentukan kemungkinan rumput Napier menggantikan jagung import yang menjadi 50 peratus jumlah kandungan kasar makanan haiwan.

Menurut beliau, BIMP-EAGA pada mesyuarat mengenai pertanian sebelum ini menyatakan pendapat bahawa, industri penternakan akan terus berkembang apabila lebih banyak rumput Napier ditanam, tetapi belum lagi diuji terutama dalam skala lebih besar.

Beliau juga berkata, jika kajian lanjut mendapati rumput Napier mempunyai lebih kandungan protein dari jagung import, pensijilan UMS mengenai perkara ini amat membantu dalam mengurangkan jagung import, justeru memelihara pertukaran asing yang sangat diperlukan negara.

“Justeru penanaman rumput Napier boleh dimulakan dan ia akan menjadi satu kejayaan kepada UMS,” katanya.

Roselan Johar berkata, UMS Kampus Sandakan boleh mewujudkan satu pasukan untuk mengkaji tanah yang ada dengan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah bagi memohon tanah dalam persekitaran kampus dalam lot 500 dan 1,000 ekar ((202-404 hektar) untuk menanam rumput ini.

“Apabila kita sudah mempunyai tanah, ada banyak syarikat swasta yang bersedia untuk melabur dalam penanaman rumput Napier Hibrid dan UMS boleh menggunakan tanah ini sebagai ekuitinya dan mendapat pendapatan tahunan untuk membiayai projek penyelidikan,” katanya.  

Menurut Roselan Johar, adalah tidak mengejutkan bahawa UMS akan menjadi berdikari dan tidak lagi bergantung kepada geran operasi untuk masa depan.

Dalam hal ini katanya, BEBC akan menyediakan kertas projek bagi pembangunan pertanian rumput Napier kerjasama dengan UMS Kampus Sandakan terutamanya.

Dalam perkembangan lain, Roselan Johar berkata, jika diberikan bajet untuk berkembang, UMS Kampus Sandakan dan keseluruhan kawasannya boleh menjadi tapak penerokaan dan pelancongan.

“Saya sangat menyukai tasik dan ketenangan yang wujud di kampus ini… terdapat kemungkinan jika kabin seperti hotel dapat dibina di sepanjang kawasan tasik bagi menawarkan kemudahan inap desa kepada pelancong dan keluarga,” tambahnya

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Polis sahkan 10 nelayan Bajau Laut diculik di perairan Felda Sahabat 9

 
     

Agong perkenan terima Azmin menghadap di Istana Negara

 
     

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel