Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan sasar lahir 200,000 usahawan sepanjang penggal pertama pentadbiran


Tarikh kemaskini: 12/01/2019





KOTA BHARU, 12 Jan (Bernama) -- Kira-kira 200,000 usahawan disasar untuk dilahirkan  sepanjang  penggal pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. 

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata usaha itu akan digembleng  bersama kementerian dan agensi berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan menjadi peneraju kepada usaha berkenaan.

"Kita akan memberi fokus kepada golongan B40 terutama golongan pemuda dan pemudi yang tidak dapat menyambung pengajian ke universiti mahupun lepasan universiti yang masih tidak memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Secara puratanya kita mampu melahirkan kira-kira 50,000 usahawan setahun dengan setiap Parlimen mampu mencipta kira-kira 200 usahawan baharu," katanya kepada pemberita pada Majlis Ulang Tahun Keempat  Anugerah Tokoh-Tokoh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Kebangsaan di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan yang turut dihadiri, Presiden Pertubuhan Ayahanda Anakanda Kebangsaan (PAAK) Datuk Suzainal Adnan Sukri, 300 tokoh daripada 22 pertubuhan menerima anugerah berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata pihaknya akan meneroka bidang-bidang baharu terutama dalam sektor makanan dan minuman serta ukiran bagi membantu usahawan untuk memperkukuhkan kedudukan mereka dalam bidang perniagaan.

"Bagi mereka yang telah mempunyai platform yang kukuh, kita akan memberi tambah nilai terhadap produk yang dihasilkan mereka agar mampu menembusi pasaran luar.

Walaupun peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan amat sedikit untuk merealisasikan hasrat ini namun kita yakin ia mampu dicapai dengan tadbir urus kewangan yang baik," katanya.

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lihat mesej Himpunan Solidariti, bukan jumlah peserta - Mujahid

 
     

Kerabat Diraja lemas ketika menyelam di Pulau Perhentian

 
     

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie

 
     

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel