Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Kota Kinabalu tahan 57 individu disyaki terlibat kes dadah


Tarikh kemaskini: 26/01/2019





KOTA KINABALU, 26 Jan (Bernama) -- Polis menahan 57 orang yang disyaki terlibat dalam kes dadah di sekitar daerah Kota Kinabalu dalam tempoh seminggu hingga Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata sembilan tangkapan membabitkan kes bekalan dan memiliki dadah jenis syabu, manakala 48 tangkapan lagi melibatkan ujian air kencing positif dadah.

Katanya  40 orang yang ditahan adalah rakyat tempatan dan 17 warganegara asing yang kesemua mereka berusia antara 19 hingga 48 tahun.

Operasi dan tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 itu dijalankan bermula 18 Jan hingga semalam (25 Jan), katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nilai rampasan syabu adalah sebanyak 32.17 gram dengan nilai keseluruhan rampasan RM4,825,  mengikut nilai harga dadah semasa.

Habibi berkata usaha untuk membanteras pengedaran dan penagihan dadah sekitar daerah ini akan diperhebat dan dipertingkatkan lagi demi kesejahteraan serta ketenteraman masyarakat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     

Semua sekolah di empat daerah di Perak dibuka esok

 
     

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel