Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja lelaki lemas ketika memukat ikan


Tarikh kemaskini: 26/01/2019




KOTA BELUD, 26 Jan (Bernama) -- Seorang remaja lelaki lemas ketika memukat ikan di sungai Kampung Umpul, Kulambai dekat sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata mayat Mohd Lokman,17, ditemukan penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat itu kira-kira 11.30 pagi tadi.

"Balai bomba Kota Belud telah menerima panggilan kecemasan pukul 11.12 pagi dan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi," menurut  kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel