Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

FAS dijangka terima dana tambahan RM4 juta


Tarikh kemaskini: 26/01/2019





KUCHING, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri dijangka meluluskan permohonan peruntukan tambahan RM4 juta untuk Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, permohonan FAS itu telah dibincangkan oleh kerajaan negeri dan peruntukan tambahan dijangka diluluskan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukan tidak kurang RM3.5 juta untuk FAS setiap tahun bagi menguruskan skuad LIga Premier, Piala Presiden, Piala Belia dan skuad futsal dalam kempen Liga-M.

“FAS memohon tambahan lagi RM4 juta kerana segala kos sudah meningkat,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran jersi baharu skuad LIga Premier Sarawak di Mydin, Petra Jaya, di sini hari ini.

Mengulas mengenai jersi baharu tajaan Lea Spor Centre, beliau berkata corak dan motif abstrak yang terdapat pada jersi baharu itu sesuai dengan identiti negeri Sarawak yang berbilang kaum dan agama.

Musim ini, skuad Liga Premier Sarawak, akan memakai jersi berwarna merah di laman sendiri manakala biru di tempat lawan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Polis sahkan 10 nelayan Bajau Laut diculik di perairan Felda Sahabat 9

 
     

Agong perkenan terima Azmin menghadap di Istana Negara

 
     

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel