Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa banjir di Kota Marudu meningkat kepada 1,425 orang petang ini


Tarikh kemaskini: 26/01/2019





KOTA KINABALU, 26 Jan (Bernama) -- Hujan berterusan sejak petang semalam sehingga petang ini menyebabkan mangsa meningkat kepada 1,425 orang daripada 510 keluarga, dan kesemua mereka  dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 11 PPS di Dewan Kampung Longob, Sekolah Kebangsaan Taritipan, Dewan Mosolog, Sekolah Menengah Agama Goshen.

Dewan Morion, Dewan FTC Dama 1, Dewan Asin-Asin, Dewan SMK Tandek, Dewan Komuniti Kota Marudu, Dewan Batition dan Dewan St Theresa.

Kesemua mangsa itu dari 26 kampung terjejas banjir antaranya Kampung Longob, Kampung Belianjung, Kampung Mosolok, Kampung Maragatung, Kampung Salimandut, Kampung Damai, Kampung Parong, Kampung Popok Laut, Kampung Gurantung, Kampung Garada, Kampung Morion dan Kampung Teritipan.

“Setakat 5 petang tadi, pasukan bomba bersama agensi lain terus menjalankan operasi memantau dan memindahkan mangsa terlibat," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sehingga kini, hujan masih berterusan menyebabkan dua jalan tidak dapat dilalui kerana dinaiki air di Kilometer 5.7 Jalan Gana dan Jalan Kota Marudu-Marak Parak.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel