Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua remaja lelaki mati lemas di Sungai Cenderamata Likas


Tarikh kemaskini: 26/01/2019





KOTA KINABALU, 26 Jan (Bernama) -- Dua remaja lelaki mati lemas ketika mandi di Sungai Cenderamata 2 Likas di sini, hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, kedua-dua mereka dikenali sebagai Mohd Asraf Bin Abdullah, 11 dan Datu Aliudin Bin Datu Asana, 10.

Mayat Datu Aliudin ditemukan pada jam 3.39 petang diikuti mayat Mohd Asraf pada jam 5.40 petang selepas Balai Bomba dan Penyelamat Lintas menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 12.15 tengah hari, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, anggota bomba Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) digerakkan untuk operasi mencari dan menyelamat dan berjaya menjumpai mangsa pertama kira-kira 10 meter dari mangsa mula hilang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans.

Mangsa kedua berjaya ditemukan oleh anggota Polis Marin kira-kira 15 meter dari mangsa mula hilang. 

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 4.57 petang.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel