Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan enam nelayan langgar syarat lesen perikanan di Lahad Datu


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





LAHAD DATU, 1 Feb (Bernama) --- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan dan menahan sebuah bot nelayan serta enam lelaki berhampiran Tebah Batang di sini, kerana melanggar syarat lesen perikanan malam tadi.

Pegawai Operasi APMM di Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Madya Maritim Mohd Feerdaus Daud berkata kesemua mereka yang berumur antara 31 hingga 42 tahun itu ketika ditahan sedang leka menangkap ikan kira-kira 1.4 batu nautika tenggara dari Tebah Batang pada pukul 9.30 malam.

"Semasa pemeriksaan, kesemua mereka mengemukakan dokumen diri yang sah, namun lesen bot yang dikemukakan pula didapati melanggar syarat lesen iaitu bot tersebut perlu menangkap ikan di jarak 3 batu nautika dari daratan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Feerdaus berkata tangkapan itu merupakan sebahagian langkah pencegahan kepada pelanggaran Akta Perikanan 1985 di laut.

Tegasnya lagi, Maritim Malaysia akan terus menggandakan usaha mencegah berlakunya sebarang kejadian di laut termasuk mengekang pencerobohan bot nelayan asing terutamanya di Sabah.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel