Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Larian Warisan Kuching peluang terokai khazanah bandaraya Kuching


Tarikh kemaskini: 01/02/2019




KUCHING, 1 Feb (Bernama) -- Acara Larian Warisan Kuching yang berlangsung pada 16 Feb akan memberi peluang kepada peserta untuk menerokai khazanah dan warisan yang terdapat di Bandaraya Kuching dengan lebih baik secara menghiburkan.

Anjuran Kuching Heritage Awareness Society (KHAS), edisi keempat penganjuran larian itu bertemakan Lawatan Semula ke Darul Hana.

Menurut Pengerusi penganjur Philip Yong, format perlumbaan adalah pemburuan harta karun iaitu peserta dalam beberapa kumpulan menggunakan peta untuk mencari titik kawalan atau stesen. 

“Setiap pasukan akan menerima pasport dengan petunjuk untuk lokasi setiap stesen. Di setiap stesen ada tugasan yang perlu dipenuhi berkaitan aspek budaya dan warisan tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Philip berkata sebahagian daripada hasil dana itu akan disalurkan kepada pertubuhan dan badan amal yang membantu kanak-kanak, orang dewasa yang menghidap penyakit Parkinson, tukang kraf tradisional dan sokongan untuk haiwan kesayangan. 

Untuk mendaftar secara dalam talian di laman web https://kuchingheritage.com. Bayaran untuk setiap kumpulan adalah RM240. Bagi pertanyaan lanjut boleh layari laman web atau Facebook di www.facebook.com/KuchingHeritageRace/.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel