Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelbagai jenis rokok, arak bernilai RM150,000 dirampas di Miri


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





MIRI, 1 Feb (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis arak serta rokok dipercayai diseludup di sebuah premis perniagaan di Desa Indah 3, pukul 3 petang Rabu lepas.

Timbalan Komander PGA Briged Sarawak ACP Mohd Saleh Mohd Hussain berkata, sewaktu serbuan dilakukan, tiada pemilik atau pekerja berada di premis berkenaan dan tiga bilik di dalam premis yang dijadikan tempat penyimpanan barangan tersebut telah diperiksa.

"Hasil pemeriksaan menemui 3,021 karton pelbagai jenis rokok dan 722 kotak yang mengandungi 16,492 tin minuman keras," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua barangan yang dirampas akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Miri.

"Setakat ini masih belum ada tangkapan individu," katanya sambil menambah, serbuan tersebut dilakukan oleh Batalion 12 PGA Miri bersama  tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel