Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Sarawak keluar 20 saman ke atas syarikat bas ekspres


Tarikh kemaskini: 01/02/2019





KUCHING, 1 Feb (Bernama) -- Polis mengeluarkan 20 saman ke atas syarikat pengendali bas ekspres atas pelbagai kesalahan dalam Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina yang dijalankan di Terminal Bas Kuching Sentral di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata  operasi yang bermula dari 8 hingga 10 pagi itu melibatkan 24 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

“Hasil operasi, 11 bas ekspres diperiksa dan 20 saman telah dikeluarkan atas kesalahan tiada lampu break, tayar botak, tiada tanda segi tiga keselamatan dan alat pemadam api manakala 21 pemandu bas menjalani saringan air kencing, namun tiada yang didapati positif dadah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kuching Sentral di sini, hari ini.

Alexson berkata sejak Op Selamat dilancarkan pada 29 Feb lepas, sejumlah 167 kes kemalangan jalan raya dicatatkan.

“Kes kemalangan ini mencatatkan peningkatan 1.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas bagaimanapun kes kemalangan maut menurun 60 peratus, setakat ini hanya dua kematian dicatatkan,” katanya.

Pengguna jalan raya diingatkan untuk lebih berwaspada di musim perayaan ini, rancang perjalanan, pastikan kenderaan yang digunakan berada dalam keadaan baik dan selamat, berhenti jika mengantuk dan amalkan sikap bertimbang rasa.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel