Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sebuah pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di Sarawak


Tarikh kemaskini: 12/02/2019





BINTULU, 12 Feb (Bernama) -- Seramai 21 orang daripada empat keluarga di sini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Suarah Bintulu pada pukul 2.43 pagi tadi setelah kediaman mereka dinaiki air akibat banjir kilat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa banjir itu dari kawasan setinggan Batu 5 dan Jalan Tun Hussein Onn. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohammad Meramit berkata, hujan lebat yang berlarutan hingga awal pagi tadi menyebabkan banjir kilat berlaku di Jalan Time Square Batu 5 sehingga menjejaskan empat keluarga terbabit.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel